‘Al-Quran’ bererti bacaan
atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara
meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan
sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran
mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah
sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau
tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam
al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun
binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan
kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan
sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan
dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).
(Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah,
rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi
kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti
cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang
hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi
SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW
melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah
Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad)
dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan
manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang
mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak
diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)
Hubungan
Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran
Lailatul Qadar pula ialah
suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam
al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan
amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.
Apakah kaitannya malam
al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar
mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang
diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman
Allah SWT
Maksudnya: Sesungguhnya Kami
telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya
engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam
Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat
dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang
ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang
berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)
Mengikut satu pandangan, ayat ini
diturunkan berdasarkan satu riwayat dari
Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel
yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak
derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu.
Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik
dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada
Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan
Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.
Dalam hadis yang lain Aishah
juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan
bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang
ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
Panduan
Dari maklumat serba sedikit
di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam
seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:
1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat
dalam al-Quran
2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’
iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan
Tulisan.
3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat
maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan
digandakan pahala melebihi seribu bulan.
Apabila disebutkan bahawa
tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya
memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan
fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan,
pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam
al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam
maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.
Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan
suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada
penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud;
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa
yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan
penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu
pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa:
“ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.
Perkara ketiga ialah hikmah
dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir
zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka
dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu
digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah
dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam
al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan
iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh
hidup kita dan usia kita dalam ibadah.
Bagi mencari malam-malam
yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan
bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 &
29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang
menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW
pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat
juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan
seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia
dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27
Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan
bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang
lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya
bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT
supaya setiap
Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya
marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa
besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai
‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya.
Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih
dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu
adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu
kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan
di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya
memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya
mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan.
http://www.islam.gov.my/nuzul-al-quran-dan-lailatul-qadar
No comments:
Post a Comment