Monday, October 18, 2010

Jangan Abai Toma´ninah Dalam Solat

JIKA anda rukuk dan sujud, jangan sekali-kali terlupa toma´ninah. Jangan jadikan solat anda seperti ayam mematuk padi. Solat seperti itu tidak sah kerana tidak ada toma´ninah, sedangkan ia adalah rukun sembahyang sama ada dalam solat fardu ataupun solat sunat.

Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM), Mushaddad Hasbullah menjelaskan solat tanpa toma´ninah adalah batal. Orang yang tidak menyempurnakan rukuk, sujud dan khusyuk dalam solatnya ialah orang yang mencuri solat sebagaimana disebut dalam satu riwayat Ahmad dan Hakim bermaksud: Itulah orang yang tidak menyempurnakan rukuk, sujud dan bacaan dalam solat.

Katanya lagi, hadis ini menjelaskan mengenai orang-orang yang menunaikan solat mereka tetapi dalam keadaan kelam-kabut dan hilang penghayatan dan khusyuk mereka. Mereka ini disifatkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai pencuri.

Hal ini sekali lagi ditegaskan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Seburuk-buruk orang yang mencuri ialah mereka yang mencuri daripada solat mereka. Maka sahabat pun bertanya: Wahai Rasulullah bagaimana mereka mencuri daripada solat mereka? Maka Rasulullah menjawab: Mereka yang tidak sempurna rukuk dan sujud mereka (iaitu mengerjakan solat mereka dengan pantas). (Riwayat Ahmad, Thabrani dan Ibn Khuzaimah)

Sementara itu, dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud dan Nasaii, Rasulullah s.a.w. melarang solat yang dikerjakan seperti burung yang mematuk makanan, iaitu pantas berdiri dan sujud dalam waktu yang singkat. Dalam hadis yang lain pula Baginda bersabda bermaksud: Allah s.a.w. tidak melihat solat seseorang yang dikerjakan tanpa sempat meluruskan tulang belakangnya antara rukuk dan sujud. (Riwayat Thabrani)

Lantaran itu, Rasulullah s.a.w. berpesan yang bermaksud: Apabila seseorang daripadamu hendak mendirikan sembahyang, maka hendaklah ia sembahyang laksana sembahyang orang yang memberi selamat tinggal, iaitu orang yang sama sekali tidak fikir ia akan dapat kembali bersembahyang lagi. (Riwayat Al-Dailami daripada Ummi Salamah)

Mushaddad berkata, ramai di kalangan umat Islam sebenarnya berhadapan dengan masalah tidak khusyuk dalam solat, antara puncanya adalah kerana kesibukan dunia dan sentiasa memikirkan tentangnya walaupun dalam solat.

"Khusyuk amat penting dalam solat. Salah satu daripada rahmat Allah kepada kita ialah Allah meraikan kelemahan yang ada pada hambanya. Justeru, Allah tidak menjadikan khusyuk sebagai rukun atau syarat sah solat yang jika ditinggalkan maka batallah solat itu.

"Oleh itu khusyuk dalam solat menurut jumhur ulama adalah sunat hukumnya.Menurut Imam ibnu al-Qayyim dalam bukunya, Madarij as-salikin, khusyuk bermaksud menghadirkan hati ketika solat dengan rasa tunduk dan hina kepada Allah, apabila hati seseorang itu khusyuk maka seluruh anggotanya akan turut sama khusyuk, kerana setiap anggota mengikuti hati dan khusyuk itu tempatnya di hati.

"Bagaimanapun, bagi orang yang tidak khusyuk dalam solatnya, tidaklah membuatkan solatnya batal. Solatnya tetap sah cuma ia mendapat pahala yang kurang, tidak sepenuhnya seperti orang yang khusyuk," kata Mushaddad ketika dihubungi baru-baru ini.

Menjawab kelebihan yang diperoleh seseorang yang khusyuk dalam solat, Mushaddad menjelaskan, sesungguhnya ganjarannya amat besar seperti dapat menghapuskan dosa, memperoleh pahala, memakbulkan doa dan menjauhkan kemungkaran.

Oleh itu, beliau menyarankan kita sentiasa berusaha memperoleh solat yang khusyuk kepada Allah s.w.t..

Firman Allah yang bermaksud: Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu daripada al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar. (al- Ankabut: 45)

Dalam satu hadis daripada Uthman bin Affan yang berkata, Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidaklah bagi seseorang muslim itu yang menunaikan solat fardu dan memperelokkan wuduknya, khusyuknya dan rukuknya melainkan baginya penghapusan dosa selagi mana dia tidak melakukan dosa besar, dan itu adalah untuk setiap masa. (Riwayat Muslim)

Menjelaskan tentang toma´ninah pula, kata Mushaddad, ia merupakan salah satu rukun dalam solat. Jika ia tidak disempurnakan maka batallah solat seseorang itu.

Toma´ninah perlu dilakukan dalam empat rukun solat iaitu dalam rukuk, iktidal daripada rukuk, sujud dan duduk di antara dua sujud.

"Toma´ninah bermaksud tetap atau diam dalam setiap rukun yang disebutkan. Seseorang itu tidak dikira toma´ninah jika dia menunaikan solat seperti burung yang mematuk makanan seperti mana yang disebutkan dalam hadis sebentar tadi," terangnya.

Berbicara tentang contoh terbaik mengenai khusyuk dalam solat, ujar Mushaddad, model yang terbaik ialah solat Rasulullah s.a.w.. Dalam satu hadis yang disebut oleh al-Kandahlawi dalam bukunya, Hayat al-Sohabah, bahawa seorang hamba Allah telah bertanya kepada Aisyah: "Terangkan kepadaku sesuatu yang luar biasa mengenai solat Rasulullah."

Aisyah menjawab: "Tiada sesuatu yang biasa mengenai diri Baginda. Tiap-tiap yang dilakukannya luar biasa. Pada suatu malam, Baginda baring bersama-samaku, kemudian Baginda berkata: "Sekarang, biarlah aku menyembah Allah, Pemberi rezekiku." Kemudian Baginda pun bangun lalu mendirikan solat dengan segala perasaan ikhlas dan tawaduk. Semasa menunaikan solat itu Baginda menangis. Demikian juga keadaannya apabila baginda rukuk dan sujud. Setelah bangun, keadaan baginda masih tidak berubah. Demikianlah halnya sehingga Bilal melaungkan azan menandakan waktu Subuh sudah menjelang tiba. Aku pun berkata kepada Baginda: "Ya Rasulullah, Tuan tidak berdosa kerana Allah telah mengampuni semua dosa Tuan, sama ada yang telah lalu mahupun yang akan datang. Tetapi Tuan masih juga memandang rendah terhadap diri Tuan sendiri." Baginda s.a.w menjawab: "Salahkah aku menjadi hamba yang bersyukur kepada Allah?" Aku solat begini mengingatkan ayat-ayat yang telah diwahyukan-Nya kepada Aku pada hari ini yang bermaksud: Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang- orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan semua ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada azab neraka." (Ali Imran: 190-191)

Wednesday, October 13, 2010

Sempurnakah Solat Kita?

Tidak ada yang lebih baik yang diberikan kepada seorang hamba daripada dia diizinkan untuk solat dua rakaat. (Maksud Al-Hadith)

Solat ialah sesuatu yang amat berharga, yang ALLAH s.w.t. hadiahkan terus kepada RasulNYA tanpa melalui perantara. Orang yang mengenal ALLAH s.w.t. pasti akan memilih solat dari keseronokan lainnya. Muhammad bin Sirin, seorang ahli sufi, berkata:

Jika disuruh pilih antara Syurga dan (solat) dua rakaat, aku pilih (solat) dua rakaat itu kerana di antara kedua rakaat itu terdapat redha ALLAH, sedangkan di Syurga terdapat keredhaanku . (Kata-kata ulama) Kemuliaan orang mukmin adalah pada solatnya, dan di dalam solat terdapat segala ibadat yang lainnya. ALLAH s.w.t. berfirman dalam Al-Quran tentang orang-orang yang berbahagia : Iaitu orang-orang yang beriman dengan yang ghaib, mendirikan solat, menafkahkan sebahagian rezeki yang KAMI berikan kepada mereka. (Surah Al-Baqarah, 2 : 3)

Orang bersolat sekadar bersolat itu ramai, tetapi sedikit sahaja tidak lalai, sedangkan solat yang lalai itu tiada bernilai: Maka celakalah bagi orang-orang yang solat, yang mereka itu lalai dari solatnya. (Surah Al-Maun, 107 : 4 - 5)

Orang yang lalai dalam solatnya, pastilah kosong amalannya kerana Nabi telah bersabda: Setengah orang dan semua yang solat, namun solat itu tidak dituliskan untuknya melainkan hanya sepertiga, seperempat, seperlima atau seperenam. (Maksud Al-Hadith)

Maksudnya, solat itu diganjari hanya sekadar apa yang direnungkannya, padahal solat yang disempurnakan tuntutan-tuntutannya itu menghapuskan dosa seperti yang Nabi SAW sabda: Sesiapa yang solat dua rakaat dengan hati menghadap kepada ALLAH, ALLAH mengampunkan dosanya seperti dihari dia dilahirkan ibunya.(Maksud Al-Hadith)

Tuntutan-tuntutan kesempurnaan solat ada dua belas sekurang-kurangnya, enam sebelumnya dan enam lagi di dalamnya.

Pertama: Ilmu. Nabi Muhammad SAW bersabda : Sedikit amal yang disertai dengan ilmu itu lebih baik dari banyak amal dalam kebodohan. (Maksud Al-Hadith)
Ilmu itu mencakupi tiga bahagian:
  1.  mengetahui mana yang fardhu dan mana yang sunat solat.
  2. mengetahui mana yang fardhu dan mana yang sunat wudhu.
  3. mengetahui pula tipu daya syaitan sehingga dapat memeranginya. 
Kedua: Wudhu. Nabi Muhammad SAW bersabda : Tiada solat kecuali dengan bersuci berwudhu). (Maksud Al-Hadith)
Wudhu itu terbahagi kepada tiga : 
  1. menyucikan hati dari hasad dengki dan marah.
  2. menyucikan badan dari dosa.
  3. membasuh anggota wudhu dengan sempurna tanpa berlebih-lebihan. 
Ketiga: Berpakaian, ALLAH s.w.t. berfirman : Pakailah perhiasanmu ketika mendatangi masjid (untuk bersolat). (Surah Al-Araf : 7 : 31).
Kesempurnaan berpakaian itu : 
  1. halal.
  2. suci dari najis.
  3. sesuai dengan sunnah dan memakainya bukan kerana sombong. 
Keempat: Menjaga waktu. Firman ALLAH s.w.t : Sesungguhnya solat itu diwajibkan atas orang-orang mukmin pada waktunya. (Surah An-Nisa, 4 : 103)
Tiga bahagian penjagaan waktu: 
  1. dengan melihat matahari atau bulan sehingga dapat menentukan waktu.
  2. mendengar azan.
  3. fikiran sentiasa menghargai waktu iaitu dengan membuat kerja-kerja yang ALLAH s.w.t. suka. 
Kelima: Menghadap kiblat. Firman  ALLAH s.w.t. : Maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram (Kaabah). Di mana pun kamu berada, maka hadapkanlah mukamu ke arahnya.(Surah Al-Baqarah, 2 : 144) 
Kesempurnaan menghadap kiblat terbahagi juga kepada tiga: 
  1. menghadap kiblat dengan muka.
  2. menghadapkan hati kepada ALLAH s.w.t.
  3. khusyuk dengan solat yang didirikan.
Keenam: Niat. bersabda Rasulullah SAW : Sesungguhnya amal itu bergantung kepada niat, dan untuk tiap orang apa yang diniatkannya. (Hadith diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Umar r.a.) 
Tiga aspek kesempurnaan niat: 
  1. mengetahui solat apa yang sedang dikerjakan.
  2. sedar sedang berdiri di hadapan ALLAH s.w.t. dan dilihatNYA.
  3. sedar bahawa ALLAH s.w.t. mengetahui apa yang ada dalam hati, dan kerananya hati haruslah dikosongkan dengan kesibukan dunia dan ingat kepadaNYA sentiasa
Ketujuh : Takbir. Firman ALLAH s.w.t. : Awal solat adalah takbir sedang akhirnya adalah salam. (Maksud Al-Hadith) 
Tiga bahagian kesempurnaan takbir: 
  1. membaca takbir dengan benar.
  2. mengangkat tangan ke paras telinga.
  3. hati terlintas niat. 
Kelapan : Berdiri (bagi yang berkuasa berdiri). Firman ALLAH s.w.t. : Berdirilah kerana ALLAH serta mentaatiNYA. (Surah Al-Baqarah, 2 : 238) 
Tiga bahagian kesempurnaan berdiri: 
  1. menempatkan pandangan ke tempat ujud.
  2. memelihara hati supaya sentiasa ingat kepada ALLAH.
  3. tidak enoleh ke kiri atau ke kanan.
Kesembilan: Membaca Al-Fatihah. Firman ALLAH s.w.t. : leh itu bacalah apa yang mudah di antara (kandungan) Al-Quran. (Surah l-Muzammil, 73 : 20) 
Tiga kesempurnaan membaca Al-Fatihah: 
  1. membaca dengan betul tajwid dan artil (dengan lagu).
  2. merenung maknanya.
  3. mengamalkan apa yang ibaca. 
Kesepuluh: Rukuk. Firman ALLAH s.w.t. : an rukuklah. (Surah Al-Baqarah, 2 : 43)
Kesempurnaan rukuk ada tiga hal: 
  1. meletakkan tangan ke lutut dengan ari-jari direnggangkan.
  2. bertomaninah.
  3. membaca tasbih.
Kesebelas: Sujud. Firman ALLAH s.w.t. : an sujudlah kepada ALLAH yang menciptakan semuanya, kalau kamu enar-benar menyembahNYA. (Surah Fusilat, 41 : 37) 
Tiga bahagian kesempurnaan sujud: 
  1. meletakkan tangan sama dengan kedua elinga dengan lengan tidak terlalu dibuka terlalu lebar.
  2. tomaninah.
  3. membaca tasbih
Kedua belas: Bertasyahud (duduk tahiyat akhir). Bersabda Rasulullah SAW: Apabila seorang lelaki mengangkat kepalanya dari akhir sujud dan duduk sekadar tasyahud, maka sempurnalah solatnya.(Maksud Al-Hadith) 
Tiga perkara yang perlu diperhatikan semasa bertasyahud: 
  1. duduk dengan kaki kiri di bawah kaki kanan.
  2. membaca tasyahud serta berdoa untuk diri dan kaum muslimin seluruhnya.
  3. memberi salam dengan sempurna iaitu berniat bahawa salam itu ditujukan kepada orang di sebelah kanan dan kiri.
Setelah sempurna dua belas perkara di atas, perlulah kesemuanya dilakukan secara ikhlas. Di dalam Al-Quran ada diperjelas :

Sembahlah ALLAH serta mengikhlaskan agama bagiNYA. (Surah Az-Zumar, 39 :2)

Bagaimana dengan solat kita? Sudahkan disempurnakan dua belas perkara asas seperti yang Imam Al-Ghazali kata? Jika sudah, syukurlah kepada ALLAH Yang Maha Esa, dan istiqomahlah dengannya. Jika belum, marilah kita mengambil keberkatan Ramadhan untuk memperbaiki solat kita. Semoga di Hari Kemudian kita datang menemuiNYA dengan penuh keredhaan dan termasuk dalam golongan yang difirman :
Siapa yang datang dengan kebaikan, maka ia mendapat balasan lebih baik
dari apa yang dia kerjakan. (Surah Al-Qasas, 28 : 84)

Wallahu alam bishowab.

* Risalah ini digarap dari buku Mukasyafah Al-Qulub (Penenang Jiwa)
Oleh Imam Al-Ghazali.
Segala kesilapan adalah atas kelemahan penyunting.

Tuesday, October 12, 2010

Peingkat-Peingkat Solat

Peringkat-peringkat sembahyang, nilaikan dimana tahap sembahyang kita. Dalam era membaiki diri ini, kita check sembahyang kita, nanti akan terjawap kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara keseluruhannya, mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu.

Golongan 1.

Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang, mereka telah jatuh kafir. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.

Golongan 2.

Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara resmi atau tak resmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.

Golongan  3.

Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu  ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang.Orang ini jatuh fasik.

Golongan  4.

Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya,tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafasnya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca.Cuma main hafal saja.Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya.Fikirannya mengembara dalam sembahyang,orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.

Golongan 5.

Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

Golongan 6.

Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa-apa.Allah belum lagi cinta orang ini.

Golongan 7.

Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.

Golongan 8.

Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah )

Golongan 9.

Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang.Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang,kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya.Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu dicabut.Mereka telah mabuk dengan sembahyang.Makin banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.

Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim.

Jadi dimanakah tahap sembahyang kita ? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah bersama membaiki solat kita agar segera dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.


*Ini sedikit petikan atau ulasan salah satu program motivasi sembahyang.